terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Friday, December 21, 2012

akhir Seseorang

2306 - 2330 : on air

mengantuknya...malam tadikan akak nyaris-nyaris accident. tiba- tiba terlelap masa bawak kereta.

     eee...bahayanya kak. kalau ngantuk berhentilah tepi jalan. tapi tengah malam berhenti kereta, sorang- sorang seram jugak hehe.


2330 - 2335 : end

ok bye. thank you everybody. kak baik- baik bawak kereta (sengih)

     (senyum)


0506 : dapat mesej. ke hospital. aku terpempan ! dan masih.


sebuah honda crv dari arah kajang, terbabas dan memasuki laluan bertentangan. ia kemudian memasuki laluan sebelah dan bertembung dengan perodua myvi. akibat pertembungan kedua-dua kenderaan menyebabkan perodua myvi terbalik.  info & foto onescene.my

alfatihah kak.

Sunday, December 16, 2012

ledakan hambuR

manusia
organisma yang paling unik punya pembawaan gelap terang.
menggembirakan, menyakitkan. menenangkan, mengejutkan, morat- marit.
satu sifat kecil tersembunyi tetapi pasti ada, itu ... ledakan hambur. memang kompleks!
tolong jangan nafikan.
ayu atau naif, itu tetap ada. yang dikawal sendiri.
yang masih disorok, meledak sekali.
yang sentiasa meledak konsisten pula. tentu dan pasti berkali- kali.
sebab itulah, twitter dan fb dicipta bestari.
personifikasi idonsinkrasi.
terimalah ledakan hambur...diri!

Thursday, December 13, 2012

lagi my daddy...bapak aku...mak kiTa

setia merelakan kesengsaraan. ahh, itu di antara bait nukilan abang moel dilafazkan ibu dan sabera. dua beradik lain bapa meninabobok diri sebelum tidur yang tidak terjadi-jadi kerana mengungkit kisah lalu. lepas marah yang tertahan sebabnya, maaf terpaksa, kasih terlindung, kecewa disimpan.
luah..dodoi tidur, mereka luahkan. dodoi tidur yang lain. sangat lain!

ahh...itu paparan terangan yang penonton nampak. persembahan ini berlapis. lihat subteks tajuknya. plot, dialog, aksi. berkenaan patriotisme!

fauziah nawi dan sabera shaik. mulanya mungkin kedengaran janggal untuk melihat mereka beraksi berdua melihatkan kecenderungan latar belakang teater mereka. tapi kemahiran yang lama lekap membentuk ikatan lakon yang bagus.    

mereka...aktivis lama teater yang bukan sebarang. sesiapa yang terlepas persembahan di aswara lalu, hadirlah ke...
tempat : Auditorium Daeng Chelak,
Muzium Sultan Alam Shah, 
Shah Alam Selangor

masa : 9.00mlm


tarikh 15 & 16 Disember 2012

tiket : Biasa RM 50/ Pelajar RM 25




life of piscine molitor



saya tak suka tabu berlakonlah.
    eh, kak minat tabu. ingat tak dia dalam chandni bar. best acting dia.
kalau ambil aishwarya berlakon kan best.
    ini bukan filem bintang, ini cerita pelakonnya binatang. richard parker... orange juice.


filem ditunggu-tunggu. baru tayang aku di antara terawal menonton. di panggung penuh. ramai sungguh penonton cina. filem, pelakonnya hindustan. melayu yang tengok tak sampai belas. cerita ini adaptasi dari novel terkenal. pecahan ketara penonton mengikut kaum ini adakah berkaitan dengan minat budaya membaca dalam kalangan mereka. atau sebab ang lee yang mengarah. teringat brockback mountain pula. ahh apa aku merepek ni.

filem ini tentang kepercayaan. ang lee tidak memberatkan fikiran penonton. malah memberi keindahan dengan penghasilan kesan visual yang cantik. penonton boleh memilih, melihat lapisan dasar yang dipaparkan. polos dan terus. atau memahami simbol, imej dan maksud tersurat karya ini. aku suka pembawaan filem ini. ia tampak ringan untuk kita susuri plotnya sambil memahami secara perlahan dan mendalam maksud yang di sebaliknya itu membawa sesuatu yang besar.
life of pi tentang pengembaraan pencarian rohani.