terkadang terpaksa sarkastik kerana hati mereka sukar dijentik

Monday, March 23, 2015

bukan sebab fasiliti

ya betul, selalunya kreativiti terbantut sebab fasiliti yang terhad.
tetapi tak boleh berhenti setakat itu. kena cari jalan. masa ini idea diperlukan dan juga keinginan meneroka.

ada jalan jauh untuk dapatkan sesuatu yang kelihatan mudah. yang melihat bukan peduli pun kesukaran di sebaliknya penghasilan itu.
kita cuba senangkan jalan jauh itu. teroka, cuba dan berusaha.

namun, siapa yang mahu susah.
semua inginkan yang senang. maka, terus full stop.
guna sahaja setakat yang mampu. ini bukan sebab fasiliti yang terbatas tapi sikap manusia yang tidak mahu berfikir dan bersusah.

maka, hasilnya seada- ada sahaja. terminologi 'alasan' sangat terkenal ketika untuk mematikan hasil tanpa usaha.

konklusinya... manusia itu malas. pemalas menyorok dengan alasan.


No comments: